KYRO DRIVE · Sewa Tesla · Semak tarikh · Jom jalan
KYRO — Work Better
Sewa Tesla di Semenyih, Selangor

Sewa Tesla Model 3
atau Model Y dengan KYRO.

Nak rasa pengalaman memandu Tesla untuk percutian, urusan kerja atau perjalanan beberapa hari? Pilih Model 3 atau Model Y, semak tarikh dan terus WhatsApp kami.

✓ Semak tarikh terus ✓ Tengok anggaran sewa ✓ Bincang dulu di WhatsApp

Nak pickup di mana? Bincang lokasi dengan kami.

Tesla Model 3 putih KYRO, latar dikemas digital
Tesla Model 3 · 2024Elektrik · Automatik · 5 tempat duduk
Pilihan kereta elektrik premium

Sewa Tesla di Malaysia dengan pickup di Semenyih.

KYRO Drive menawarkan sewa Tesla Model 3 dan sewa Tesla Model Y untuk perjalanan harian, urusan kerja, percutian dan pengalaman memandu kereta elektrik. Lokasi pickup utama kami ialah Eco Majestic, Semenyih, Selangor.

Anggaran sewa bermula RM550 bagi Tesla Model 3 dan RM600 bagi Tesla Model Y untuk setiap blok 24 jam. Pilih kereta di bawah untuk menyemak tarikh; harga akhir, deposit, penghantaran dan syarat sewaan akan disahkan oleh admin sebelum bayaran.

Kereta yang kena dengan rancangan anda

Cari yang sesuai untuk anda.

Anggaran ini untuk sewa kereta sahaja. Kami akan sahkan harga akhir, deposit dan caj berkaitan sebelum anda setuju.

01 / PILIH

Pilih kereta yang anda suka.

Tengok pilihan yang ada dan pilih ikut keperluan perjalanan.

02 / RANCANG

Bagitahu bila nak jalan.

Pilih tarikh dan masa. Terus nampak slot yang tersedia dan anggaran sewa.

03 / CONFIRM

Jom confirm di WhatsApp.

Hantar butiran anda. Kami semak dan sahkan urusan sewaan bersama anda.

Bincang dulu supaya semuanya jelas

Apa yang anda perlu tahu.

Nak tahu tentang pickup, deposit atau had perjalanan? Semak di sini atau tanya kami terus. Harga dan syarat akan disahkan sebelum anda buat bayaran.

Pengendali: KYRO Drive
Boleh hubungi kami di WhatsApp:
Masih berkira nak pilih yang mana?

Cerita sikit, anda nak ke mana?

Bagitahu tarikh, berapa orang dan ke mana nak pergi. Kita tengok pilihan yang sesuai untuk perjalanan anda.

Sebelum anda buat pilihan

Ada yang nak tanya?

Lepas isi borang, booking terus confirm?

Kami akan semak butiran anda dahulu. Sambung di WhatsApp untuk sahkan harga, syarat dan urusan bayaran. Tarikh hanya dikunci selepas booking disahkan.

Apa syarat untuk menyewa?

Anda perlukan lesen memandu yang sah dan perlu melalui semakan kelayakan penyewa. Tanya kami tentang syarat umur, dokumen dan pemandu tambahan. Tak perlu hantar IC atau lesen melalui borang website ini.

Boleh pickup atau minta hantar kereta?

Bagitahu lokasi yang anda perlukan. Kami akan semak tempat pickup, pilihan penghantaran dan caj yang terlibat sebelum booking disahkan.

First time nak bawa EV? Macam mana nak charge?

Tanya kami dulu tentang cara guna kereta dan charging. Semak juga lokasi pengecas, kos charging dan tahap bateri yang diperlukan masa ambil dan pulangkan kereta supaya anda boleh rancang perjalanan.

Macam mana kalau lewat, batal atau berlaku kerosakan?

Hubungi kami secepat mungkin supaya kita boleh bincang langkah seterusnya. Caj lewat, pembatalan, deposit dan tanggungan kerosakan mengikut terma bertulis yang dipersetujui. Pastikan skop perlindungan dan lebihan tuntutan (excess) jelas sebelum buat bayaran.

Kenapa sesetengah tarikh tidak boleh dipilih?

Tarikh merah penuh ditempah atau disekat oleh admin. Hari kuning masih ada waktu kosong — pilih tarikh untuk lihat waktunya. Sela persediaan 2 jam diperuntukkan selepas pemulangan sebelum sewaan seterusnya. Permintaan berstatus Menunggu belum mengunci tarikh sehingga disahkan admin.

WhatsApp
Permintaan booking

Hijau: tersedia · Kuning: sebahagian waktu tersedia · Merah: penuh ditempah / disekat · Kelabu: tidak tersedia.

Pilih bila nak ambil kereta, kemudian bila nak pulangkan.

Pilih tarikh & masa
RM0 Anggaran rujukan sewa sahaja

Tak perlu bayar di sini. Kita sahkan butiran dan harga di WhatsApp dahulu.